16 Julai 2010

MeRiah dan ceRia ~ Hari Keluarga BiKOM 2010

Bertempat di Pantai BaTu Rakit, Kuala Terengganu, Hari Keluarga BikOm ini disertai oleh seramai 25 orang, termasuk AJK BiKOm. Program bermula di Dataran Al-Farabi pada jam 7.30 pagi dengan sedikit senaman ringan. Seterusnya, bermulanya perjalanan ke Pantai Batu Rakit sambil ber'jogging' beramai-ramai.

Lebih kurang 8 pagi, bermulanya aktiviti sukaneka yang pertama iaitu "Belalang-Belatok". Dua kumpulan dibahagikan mengikut nama masing2 iaitu Belalang dan Belatok. Ahli kumpulan harus peka, kerana jika nama mereka dipanggil, mereka akan menjadi sasaran kumpulan kedua. Ada peserta yang keliru, dan akhirnya tertangkap oleh pemangsa. Ia amat menghiburkan di samping menguji kecekapan ahli kumpulan.

Aktiviti ke-2 ialah permaianan Mencari Harta Karun. Peserta dibahagikan kpd 4 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencari 2 jenis bola ping pong dibawah timbunan pasir. Warna Gold diberi 4 mata, manakala bola putih hanya 1 mata. Kumpulan 4 memenanginya dengan berjaya mengumpul 18 mata.

Aktiviti ke-3 ialah permainan Belon BerAir. Setiap kumpulan perlu mengahantar belon yang berisi air ke arah peserta lain dalam satu barisan, dan kumpulan yang terpa
ntas ialah pemenangnya.
Aktiviti yang terakhir ialah permainan Cari Gula2 dlm Tepung. Permainan ini menguji kepantasan setiap kumpulan menghabiskan gula2 yang terdapat dalam piring. Nilai kerjasama amat penting bagi memastikan mereka berjaya.


Tibalah masa utk MAKAN!! Pada jam 10 pagi, kami menikmati Nasi Lemak dan Teh o Ais sebagai penghilang dahaga. Buah tangan seperti gula2 juga diberi kpd semua peserta sbg tanda terima kasih.
Program tamat, dan peserta pulang ke IPG. Walaupun penat, HAri Keluarga Bikom ini membawa pelbagai kenangan buat smua ahli BIkom dan peserta2 yg lain...

p/s: Terima kasih yang tidak terhingga kpd smua yang telah menjayakan HaRi KelUargA BiKOm pada hari ini... Sokongan anda amat kami hargai... :)



1 ulasan: